Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
40,000 penyokong bola sepak tempatan dijangka akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada hari selasa ini untuk menyaksikan perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 di antara Malaysia menentang Singapura.
Artikel Berkaitan:
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengumumkan sebanyak 32,652 keping tiket sudah pun terjual dan jumlah tersebut dijangka akan meningkat sehingga 40,000 kerana para penyokong sudah mula berlumba-lumba membelinya secara dalam talian.
Penurunan harga tiket terbuka daripada RM50 kepada RM30 turut membuatkan para penyokong tidak sabar untuk hadir ke stadium memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya.
Tiket Premium yang sebelum ini berharga RM70 dan RM60, kini diturunkan ke RM50; tiket Grandstand yang sebelum ini berharga RM100 dan RM70, kini diturunkan ke RM60; manakala tiket kanak-kanak (6-12 tahun) yang sebelum ini berharga RM10, kini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: