Kool FM

‘Lebih 500 Orang Jemaah Jeddah Solatkan ‘


Anak perempuan Allahyarhamah Nadia Kesuma, Myra, meluahkan kesyukuran kerana jenazah ibunya telah selamat dimandikan dan disolatkan awal pagi Isnin.

Artikel Berkaitan: Suami Kongsi Detik Akhir Urusan Jenazah Nadia Kesuma, Dikebumi Selepas Subuh – ‘Diimamkan Sendiri Oleh Saya’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Yang Penting Hati Ikhlas, Tiada Hasad Dengki’ – Individu Kongsi Nasihat Arwah Nadia Kesuma

Pengakhiran yang baik

Menerusi hantaran terkini di Threads, anak kepada aktres itu memaklumkan bahawa jenazah ibunya telah diuruskan dan disolatkan oleh jemaah di Jeddah, selain arwah juga dihujani dengan doa daripada rakyat Malaysia.

Alhamdulillah, syukur pengakhiran mama sangat sempurna dan baik. Lebih 500 orang jemaah di tanah Jeddah yang solatkan dan mendoakan mama.

Rakyat Malaysia pun ramai sangat yang mendoakan mama.

Reda dengan pemergian ibu tercinta, Myra turut mendoakan agar ibunya mendapat balasan yang baik di sisi Allah SWT.

Mama rehat di sana ya, InsyaAllah, dengan doa-doa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version