KOTA TINGGI – Penganjuran Ombak Festival 2025 di Desaru Coast dijangka menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan negeri Johor sekali gus memberi limpahan ekonomi kepada komuniti setempat dengan kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.
Pengarah Ombak Festival merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Interim Destination Resorts and Hotels, Karina Ridzuan berkata, program yang berkonsepkan mesra keluarga itu bertujuan untuk memperkenalkan Desaru Coast sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa dengan menampilkan pengalaman unikkepada pengunjung dari dalam dan luar negara.
Menurut beliau, Desaru Coast mempunyai kelebihan tersendiri dengan keluasan 1,600 hektar yang menempatkan empat buah hotel, padang golf dan taman tema air.
“Festival ini menjadi platform mempromosikan kawasan itu sebagai destinasi gaya hidup dengan pengisian aktiviti untuk semua peringkat umur.
“Ini adalah ruang untuk pengunjungmeluangkan masa berkualiti bersama keluarga,” katanya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
