Kool FM

Lebih 6,000 Rakyat Malaysia Lepaskan Kewarganegaraan Untuk Jadi Warga Singapura Tahun Ini


Lebih 6,000 rakyat Malaysia telah melepaskan kewarganegaraan mereka untuk mendapatkan kewarganegaraan Singapura pada separuh pertama tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebanyak 6,060 orang telah berbuat demikian setakat 30 Jun, petik New Straits Times.

Beliau berkata, tahun lalu mencatatkan seramai 16,930 rakyat Malaysia melepaskan kewarganegaraan untuk Singapura, satu peningkatan ketara berbanding 11,500 pada 2023.

Pada 2022, jumlahnya adalah 5,623, sedikit rendah berbanding 7,956 pada 2021.

Jumlah rakyat Malaysia tukar kewarganegaraan
Lebih 6,000 Rakyat Malaysia Lepaskan Kewarganegaraan Untuk Jadi Warga Singapura Tahun Ini
Sumber Gambar: BERNAMA

Jumlah tertinggi dalam tempoh sedekad dicatatkan pada 2019 dengan 13,362 kes, sebelum menurun kepada 5,591 pada 2020 ketika pandemik COVID-19.

“Tahun-tahun sebelumnya merekodkan 7,394 kes pada 2015, 8,654 pada 2016, 7,583 pada 2017, dan 7,665 pada 2018,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam.

Saifuddin menjawab pertanyaan Datuk Seri…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version