Site icon Kool FM

Lebih 75% projek diluluskan telah dilaksana sejak 2021


KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,802 daripada 2,386 projek pembuatan yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pelaburan Kebangsaan (NCI) dari tahun 2021 hingga 2023 telah pun memasuki fasa pelaksanaan, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, pencapaian pada kadar 75.5 peratus itu termasuk 1,597 projek dalam fasa permulaan, manakala 205 projek lagi telah pun memasuki fasa pembinaan bangunan/kemudahan pembuatan, atau pemasangan mesin dan peralatan.

“Sebanyak 551 projek, atau 23.1 peratus lagi masih dalam proses perancangan, melibatkan kenal pasti lokasi serta rundingan bersama pemaju.

“Sementara itu, akan sentiasa ada sebilangan kecil projek yang tidak diteruskan atas beberapa sebab.

“Hanya 33 projek, atau 1.4 peratus tidak dilaksanakan, mungkin disebabkan perubahan strategi syarikat terlibat, berbanding perubahan polisi oleh kerajaan,” katanya sewaktu membentangkan Kad Laporan MITI bagi Suku Pertama 2024 di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version