Lebih 750 pelancong Malaysia menggunakan perkhidmatan kereta api laju Whoosh Indonesia setiap hari pada awal September. Lonjakan jumlah ini berlaku disebabkan oleh cuti hujung minggu panjang di Malaysia dan Indonesia.
Sejak dilancarkan pada Oktober 2023, perkhidmatan kereta api laju Whoosh telah mengangkut seramai 528,000 penumpang asing.

Daripada jumlah itu, rakyat Malaysia menyumbang kepada jumlah terbesar iaitu 225,000 orang, atau 43 peratus. Ini menjadikan rakyat Malaysia sebagai pengguna asing terbanyak perkhidmatan kereta api ini dipetik dari Berita Harian.
Jurucakap KCIC, Eva Chairunisa, menyatakan bahawa pelancong asing melihat perkhidmatan Whoosh sebagai sebahagian daripada pengalaman pelancongan mereka di Indonesia, dan bukannya sekadar pengangkutan semata-mata.
“Setiap hari puluhan kumpulan pelancong Malaysia tiba, sama ada dari lapangan terbang atau selepas melawat Jakarta, sebelum meneruskan perjalanan ke…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: