
Jualan tiket bagi acara Formula 1 (F1) Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila melebihi 95,000 keping setakat ini dan dijangka mencecah 100,000 menjelang hujung minggu depan.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, angka tersebut dijangka terus meningkat hasil sokongan padu daripada para peminat.
“Sambutannya amat menggalakkan. Kita sudah menjual lebih 95,000 tiket dan menjangkakan jumlah itu mencecah 100,000 menjelang hujung minggu depan,” katanya kepada RTM.
Bagi memastikan kelancaran trafik serta pergerakan pengunjung ke SIC, beliau turut menyeru para pemegang tiket supaya memanfaatkan kemudahan bas perantara percuma yang disediakan menerusi peruntukan kerajaan.
“Alhamdulillah, kita dapat peruntukan daripada pihak kerajaan untuk menyediakan bas percuma.
“Mereka yang telah membeli tiket bolehlah menggunakan perkhidmatan tersebut di Lapangan Terbang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: