Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lebih 95,000 Tiket F1 Bahrain GP Di Malaysia Terjual

today27 September 2026

Background
Lebih 95,000 Tiket F1 Bahrain GP Di Malaysia Terjual


Jualan tiket bagi acara Formula 1 (F1) Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila melebihi 95,000 keping setakat ini dan dijangka mencecah 100,000 menjelang hujung minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, angka tersebut dijangka terus meningkat hasil sokongan padu daripada para peminat.

“Sambutannya amat menggalakkan. Kita sudah menjual lebih 95,000 tiket dan menjangkakan jumlah itu mencecah 100,000 menjelang hujung minggu depan,” katanya kepada RTM.

Bagi memastikan kelancaran trafik serta pergerakan pengunjung ke SIC, beliau turut menyeru para pemegang tiket supaya memanfaatkan kemudahan bas perantara percuma yang disediakan menerusi peruntukan kerajaan.

“Alhamdulillah, kita dapat peruntukan daripada pihak kerajaan untuk menyediakan bas percuma.

“Mereka yang telah membeli tiket bolehlah menggunakan perkhidmatan tersebut di Lapangan Terbang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Ladang ganja terbakar, tak pasal penduduk pening

Pattaya: Kebakaran sebuah ladang ganja di Pattaya, Thailand, menyebabkan asap tebal dan berbau kuat menyelubungi kawasan perumahan sehingga menyebabkan penduduk mengalami pening dan sakit kepala pada 25 September lalu, lapor Thaiger. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today27 September 2026