Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lebih Berbaloi Dan Canggih, DJI Mini 2 SE Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM1,599

today10 February 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Syarikat DJI didapati telah mengemaskini penawaran dron kamera kompak mereka. DJI Mini 2 SE adalah dron pertama tahun 2023 daripada syarikat DJI dan ia membawa beberapa naik taraf berbanding sebelumnya.

DJI Mini 2 SE kini dilancarkan secara rasminya di Malaysia sebagai model kemaskini untuk dron bersaiz kompak serta boleh dilipat. Dengan menggekalkan tubuh yang ringgan kira-kira 249 gram, dron baharu ini juga dimuatkan dengan sokongan sistem transmisi OcuSync 2.0 yang membolehkan dron terbang dua kali lebih jauh berbanding generasi terdahulu.

Sumber Gambar: DJI

Menariknya, sistem baharu ini juga membolehkan dron itu merakam video yang lebih stabil walaupun pada jarak yang jauh. Kamera dengan sensor CMOS 1/2.3-inci ini mampu mengambil gambar pegun pada 12MP dan merakam video mencapai resolusi 2.7K.

Malah, kamera ini juga dipasang dengan gimbal tiga paksi bertujuan menstabilkan rakaman gambar dan video secara mekanikal. Di samping…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post