Seminggu dua sebelum raya, banyak syarikat-syarikat tempatan mula berkongsi iklan raya untuk tontonan orang ramai.
Banyak yang memperlihatkan hasil karya menyentuh emosi penonton. Namun ada yang mahu kelainan, hadir dengan iklan komedi namun sarat dengan mesej positif di sebaliknya.
Sementara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pula membawakan unsur comeback apabila menampilkan Jalil Hamid dalam iklan raya mereka.
Pelakon veteran berusia 66 itu, terharu apabila mendapat tawaran berlakon iklan komersial baru-baru ini selepas sudah dua tahun lebih tidak memperoleh tawaran lakonan.
Memetik Harian Metro, beliau sangat mensyukuri rezeki itu kerana dirinya masih diingati meskipun sudah agak lama tidak muncul di televisyen.
“Alhamdulillah saya sudah beransur pulih dan sihat. Baru-baru ini, saya dapat tawaran kerja buat iklan. Ramai yang rasa kehilangan nak tengok saya di TV kot.
“Tuhan saja yang tahu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:

