Kool FM

Lebih Elegan Dan Penuh Gaya, Model Sedan Proton S70 Diperlihatkan


Pengeluar kereta nasional, Proton kini secara rasmi melancarkan S70 dari barisan pengeluarannya di Tanjung Malim. Proton S70 adalah model sedan baharu yang pertama ditambah ke barisan model Proton sejak pelancaran Persona pada Ogos 2016.

Ini adalah model baharu kedua yang ditawarkan pada tahun 2023 dan sebelum pelancaran rasmi, pratinjauan pelanggan akan diadakan di beberapa ibu negeri utama di Malaysia bermula 11 November 2023 untuk membolehkan orang ramai melihat model ini secara lebih dekat dan peribadi.

Selain nama rasmi model, slogan bagi Proton S70 diumumkan sebagai ‘Intelligence that Evolves’ oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong.

Beliau juga mengesahkan bahawa semua cawangan PROTON akan mula menerima tempahan daripada pelanggan mulai hari ini dengan bayaran sebanyak RM500. Kata beliau lagi, model Proton S70 adalah fasa baharu bagi syarikat kerana ia telah kembali ke segmen sedan keluarga.

Proton S70

Sumber Gambar: Proton

Model Proton S70 ini dilengkapi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version