Site icon Kool FM

Lee Zii Jia Tersingkir Awal Kejohanan Dunia 2025


Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak menikmati kemunculan semula yang baik selepas tersingkir seawal pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Adidas Arena, Perancis sebentar tadi.

Beraksi menentang Jeon Hyeok Jin selepas berehat hampir lima bulan ekoran kecederaan dialaminya, Zii Jia dilihat masih belum bersedia untuk menghadirkan kemenangan ke atas pemain ranking ke-38 dunia tersebut terutamanya pada set kedua.

Baca Juga:

Bukan Permulaan Baik Buat Lee Zii Jia

Hyeok Jin yang hanya menang sekali dalam empat pertemuan terakhir menentang Lee Zii Jia sebelum ini pula tampil dengan lebih bertenaga.

Ketinggalan 7-11 pada rehat ‘interval’ set pertama, Zii Jia cuba untuk bangkit ketika kedudukan 10-15 tetapi lawan dari Korea Selatan itu lebih tangkap untuk menang 21-17.

Set kedua jelas memperlihatkan banyak kesilapan mudah dilakukan Zii Jia bagi membolehkan Hyeok Jin memastikan kemenangan menjadi milik beliau dengan kemenangan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version