Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Lee Zii Jia Tewas Di Pusingan Pertama

today11 January 2023

Background
Lee Zii Jia


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Lee Zii Jia menerima tamparan hebat dalam kejohanan badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023 apabila ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama dalam aksi yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Pemain perseorangan utama negara itu menjadi mangsa kepada keampuhan yang ditunjukkan wakil dari Jepun, Kodai Naraoka dengan keputusan   21-13, 17-21, 19-21 dalam masa lebih satu jam permainan.

Tidak pernah bertemu dalam mana-mana kejohanan sebelum ini, Zii Jia yang turun selaku pemain ranking kedua dunia itu terlebih dahulu tampil garang pada set pertama untuk meraih kemenangan 21-13.

Bagaimanapun, segalanya berubah pada set kedua apabila Naraoka pula tampil dengan lebih kemas sehingga menyebabkan banyak ‘unforced error’ dilakukan oleh Zii Jia untuk perlawanan diheret ke set penentuan.

Meskipun Lee Zii Jia cuba bangkit mengejar selepas ketinggalan jauh pada awal set ketiga, Naraoka kental…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post