Platform PKS
SEREMBAN – Bermula dengan perniagaan mencetak pakaian, sepasang suami isteri, Nurul Aini Norazman, 30, dan suaminya, Mohd. Amirul Ashraff Mohd. Ghauth, 33, kini mengorak langkah dengan mengembangkan perniagaan sedia adanya dengan menawarkan pelbagai beg yang dicetak sendiri mengikut kehendak dan cita rasa pelanggan.
Sebagai permulaan, perniagaan syarikat yang menggunakan jenama Legion Production, operasi percetakan pakaian dan beg sepenuhnya itu hanya dilaksanakan dari sebuah bengkel khusus yang terletak di belakang rumah mereka di Kampung Sentosa di sini.
Premis tersebut dibangunkan bertujuan untuk mengurangkan kos kerana pada peringkat permulaan, ia merupakan satu tempoh yang sukar buat usahawan muda tersebut.
Pasangan yang berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu memulakan perniagaan sejak tahun 2016 dan menjadikan platform media sosial sebagai medium utama untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

Sumber:
