Ketua bagi kumpulan penyokong pasukan kebangsaan, Ultras Malaya yang dikenali sebagai Lekir membuat laporan polis sekaligus menafikan beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seperti yang didakwa dalam surat layang yang beredar baru-baru ini.
Menerusi laman media sosial Facebook miliknya, beliau memuat naik gambar yang menunjukkan sekeping kertas yang merupakan laporan polis serta memberikan komen mengenai tuduhan yang dilontarkan terhadapnya.
Baca Juga:
“Tiba masanya utk saya memulakan bicara yang tidak perlu panjang tapi cukup utk MENAFIKAN segala fitnah yang tersebar luas berkaitan diri saya di bulan suci ini.
“Segala fitnah berkaitan subsidi ke luar negara untuk menyokong pasukan kebangsaan adalah salah dan semua kos adalah atas biaya saya sendiri. Persepsi yang mengatakan saya melobi/ mendapatkan projek daripada FAM juga adalah salah kerana saya tiada apa-apa yang nak dikejarkan dalam FAM, saya ada kerjaya saya sendiri &…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: