Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki Afrika Ini Bengang Jadi Mangsa Rasis Di India Kerana Warna Kulitnya

today19 November 2025

Background
Lelaki Afrika Ini Bengang Jadi Mangsa Rasis Di India Kerana Warna Kulitnya


Seorang influencer dan Vlogger dari Afrika terkejut dengan penghinaan perkauman yang dia terima daripada seorang lelaki di negara India.

Lelaki tersebut memanggilnya dengan perkataan berbaur rasis iaiut Kalua. Di India, segelintir pihak yang rasis akan menggunakan perkataan kalua ke atas orang berkulit hitam.

Kalua adalah daripada perkataan bahasa Hindi yang bermaksud hitam.

Itu yang dialami vlogger tersebut yang menerima ejekan rasis daripada seorang peniaga.

Lelaki India itu berkata: “Oye kalua [hey hitam].”

Vlogger tersebut segera bersemuka dengannya dan berkata: “Apa kamu kata tadi? Saya dengar kamu sebut kalua, saya faham bahasa Hindi.”

Lelaki India rasis itu kemudian segera cuba memberikan alasan bahawa vlogger itu silap dengar, dan dia menafikan bersikap rasis sebalknya mendakwa cuma bertanya ‘Apa khabar?’

Vlogger tersebut bengang dan memberikan amaran: “Jangan panggil saya kalua, faham! Jaga mulut kamu.”

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post