Seorang pelarian Iraq yang juga aktivis anti-Islam ditembak mati di Sweden beberapa jam sebelum menerima keputusan mahkamah berhubung perbicaraan mengenai pembakaran al-Quran.
Memetik Harian Metro, sebanyak lima individu berjaya ditahan yang dipercayai berkaitan insiden yang berlaku lewat Rabu dan diperintahkan untuk ditahan oleh pendakwa raya.
Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menyatakan sama ada penembak termasuk dalam kalangan mereka yang ditahan.
Salwan Momika, 38, ditembak di sebuah rumah di bandar Södertälje, berhampiran Stockholm, menurut laporan penyiar awam SVT yang memetik sumber polis yang tidak dinamakan.
Sebelum ini, lelaki terbabit telah membakar salinan al-Quran dalam demonstrasi awam pada 2023 sebagai protes terhadap Islam.
Susulan itu, mahkamah di Stockholm dijadualkan menjatuhkan hukuman ke atas Momika dan seorang lagi lelaki pada Khamis dalam perbicaraan jenayah berkaitan “kesalahan menghasut terhadap kumpulan etnik atau…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
