Kuantan: Lelaki Bangladesh maut selepas tertimbus di tapak pembinaan Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, seramai enam pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 2 petang.
Menurutnya, anggota bomba dibantu dua jengkaut di kawasan pembinaan itu melakukan penggalian di lokasi…