Menerusi perkongsian video daripada @widi_nabire, kelihatan lelaki itu dan kawannya sedang snorkeling di laut.
Dia yang dilihat pada mulanya santai menikmati suasana di dalam air biru itu tidak menyedari ada seekor jerung paus datang dari arah belakangnya.
Namun, sebaik saja dia perasan kelibat jerung paus itu dan tidak sengaja terpijak badannya, lelaki tersebut cepat-cepat berenang naik ke atas kerana akibat ketakutan.
Walaupun situasi itu kelihatan cemas, tetapi reaksinya yang berenang dengan sangat menggelabah dan tidak cukup air itu telah mengundang tawa netizen.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: