Site icon Kool FM

Lelaki Berusia 80 Tahun Di Sabah Dihukum Penjara 10 Tahun Kerana Edar Dadah




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Mahkamah Seksyen di Tawau, Sabah semalam telah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun ke atas seorang lelaki warga emas yang berumur 80 tahun. Dia didapati bersalah kerana memiliki dadah seberat 30.75 gram Methamphetamine tahun lalu yang dijumpai oleh pihak berkuasa di rumahnya di Kampung Batu, Semporna pada jam 4 petang, 17 Disember 2020.

Lelaki warga emas yang bernama Hashim Sahipa membuat pengakuan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud selepas pertuduhan dibacakan. Turut ditahan bersama semasa serbuan dadah dirumah tersebut adalah isterinya, Roaina Ali yang berumur 70 tahun.

Hashim dalam pengakuan terbabit memaklumkan kepada pihak mahkamah bahawa isterinya tidak ada kaitan dengan dadah tersebut dan tidak mengetahui tentang kewujudan barang tersebut. Hakim mahkamah kemudiannya membuat keputusan Roaina dilepaskan tanpa dibebaskan. Roaina seterusnya akan dirujuk kepada Jabatan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version