Seorang pelanggan berputih mata selepas kereta yang dihantar ke sebuah pusat servis kenderaan di Ayer Keroh di sini hilang semasa menjalani penyelenggaraan berjadual.
Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Tay Han Sin, 49, berkata, sebelum kejadian, dia menghantar kenderaan jenis model Lexus RX300 F Sport untuk diselenggara kali kedua di pusat servis berkenaan. Bagaimanapun, beberapa jam kemudian dia dimaklumkan bahawa kenderaan miliknya telah dibawa keluar oleh individu lain setelah selesai diselenggara.
“Apabila saya membuat semakan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di premis itu mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali telah mengambil kunci kenderaan saya.
“Saya kecewa kenderaan itu hilang ketika mendapatkan perkhidmatan di premis berkenaan, namun syarikat itu membantu sedikit sahaja,” katanya ketika sidang akhbar berkenaan kehilangan kenderaan selepas pertemuan Pengerusi Pusat Pengaduan Awam MCA Melaka, Dennis Lee Han Lim bersama…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: