Site icon Kool FM

Lelaki Diculik, Dipukul & Dipaksa Makan Babi Lepas Terpedaya Konon Dapat Kerja Di Thailand


Menurut laporan Harian Metro, salah seorang ahli keluarga lelaki berkenaan memberitahu dia memasuki negara itu melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Walau bagaimanapun, bekas isterinya memaklumkan, lelaki itu gagal dihubungi sebelum mereka mendapat panggilan telefon daripadanya yang memberitahu dia diculik dan berada di Myanmar pada 24 November lalu, dan turut meminta wang tebusan jika mahu pulang.

Menurut kakak mangsa pula, mereka terpaksa berbohong kepada anak adiknya dengan memberitahu bapa mereka bekerja di luar negara dan baik-baik saja.

Malah, dia sempat meminta adiknya menghantar pesanan suara beritahu dia juga ‘ok’ dan minta belajar bersungguh-sungguh supaya anaknya tidak bimbang.

“Saya sangat berharap Kerajaan Malaysia dan Thailand dapat membantu menyelamatkan dan membawa pulang adik yang terperangkap di Myanmar sejak November lalu,” Noraini, 38.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version