Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki Didenda RM800 Gara-Gara Tampar Teman Wanita Tak Reply Mesej ‘Good Morning Sayang’

today18 October 2024

Background


Menurut laporan Berita Harian, tertuduh yang bernama Muhamad Nurhaqimi Harun, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Dalam pertuduhan tersebut, dia didakwa telah mencederakan teman wanitanya berusia 20 tahun dengan menamparnya di sebuah kedai haiwan peliharaan pada jam 12.15 tengah hari, 10 Oktober lalu.

Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika teman wanitanya menghantar makanan tengah hari di tempat kerja tertuduh.

Siasatan polis mendapati, perang mulut berlaku antara mangsa dan tertuduh kerana wanita itu tidak berpuas hati apabila mesej ‘Good Morning Sayang’ yang dihantarnya tidak dibalas.

Suasana kemudian bertukar menjadi tegang apabila tertuduh ‘bengang’ lalu menampar pipi kiri mangsa hingga cedera ringan.

Berikutan itu, mangsa telah mendapatkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post