
Seorang lelaki mengaku bersalah atas dua pertuduhan iaitu membunuh dan meliwat seorang kanak-kanak berusia sembilan bulan di bawah jagaan isterinya.
Dipenjara 30 tahun


Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh iaitu Mohamed Badruldin Mohamed, 40, dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.
Tertuduh menerima 10 tahun dan satu sebatan bagi pertuduhan liwat dan 30 tahun serta 12 sebatan bagi pertuduhan membunuh.
Bagaimanapun, tertuduh diperintah menjalani hukuman penjara serentak bermula tarikh tangkap iaitu pada 29 April 2021.
Menurut sumber, kesan DNA dan air mani tertuduh ditemui di usus besar dan dubur bayi tersebut. Bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Rohayu Shahar Adnan, turut mengesahkan kecederaan pada dubur mangsa yang disebabkan oleh objek tumpul.
Punca kematian ialah ‘smothering’ (keadaan yang melemaskan), sampel DNA juga mengesahkan terdapat ekstrak sel sperma milik OKT pada dubur dan rektum…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: