Marang: Lelaki diburu polis bagi membantu siasatan berkaitan kes penyambungan elektrik secara haram dan khianat disyaki bagi tujuan perlombongan Bitcoin di daerah ini.
Low Thiam Ann, 42, dari Kampung Baru, Batu 11 di Cheras itu disyaki terbabit dalam kesalahan itu di sebuah premis kedai dua tingkat bersebelahan Pasar Awam Wakaf Tapai pada 10 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintenden Mohd Zain Mat Dris berkata, lelaki berkenaan dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut…