Seorang kanak-kanak lelaki pelarian Iran kini bertarung nyawa akibat kecederaan pada tengkorak dan tulang belakang selepas dipercayai dihempas ke lantai keras di sebuah lapangan terbang di Rusia.
Video tersebut tular di X (Twitter) sebelum ini. Pelakunya adalah seorang lelaki Belarus bernama Vladimir Vitkov, 31 tahun.
Tanpa provokasi Vitkov cederakan kanak kanak
Serangan tanpa provokasi itu berlaku hanya beberapa minit selepas kanak-kanak berusia 18 bulan, Yazdan, bersama ibu kandungnya yang sedang hamil, tiba di Lapangan Terbang Sheremetyevo, Moscow pada 24 Jun lalu, dalam usaha melarikan diri dari keganasan yang sedang berlaku di Iran.
Rakaman video menunjukkan Vitkov mengangkat Yazdan dengan memegang pergelangan kaki sebelum menghempas kanak kanak itu ke lantai dengan kepala dahulu.
Suspek yang cermin mata hitam kemudian cuba melawan orang awam di situ, namun telah berjaya ditahan oleh orang awam dan kemudiannya ditangkap oleh polis…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
