Untuk pertuduhan kedua pula, dia didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap mangsa yang mana kejadian itu berlaku pada tarikh, waktu dan lokasi sama.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Hasil laporan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa mahu menghantar makanan kepada tertuduh.
Namun, pada hari kejadian, cuaca tidak baik yang mana tertuduh mengajak mangsa masuk ke dalam lori sementara menanti hujan reda.
Peluang itu diambil tertuduh untuk melakukan perbuatan terbabit terhadap mangsa walaupun wanita itu cuba melawan, namun tidak diendahkan.
Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Yong Peng pada hari kejadian dengan tertuduh ditahan keesokan harinya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tertuduh diikat jamin RM10,000 dan mahkamah menetapkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: