
Di Rome, seorang lelaki Itali telah meminta polis membatalkan hukuman penjara di rumah dan mahu kembali semula ke tirai besi.
Lelaki tersebut berjaya mendapatkan hak tahanan rumah untuk menghabiskan baki hukuman penjaranya.
Lelaki tersebut dipenjara kerana kesalahan mengedar dadah.
Awalnya lelaki itu meraikan ia sebagai satu kemenangan atau separa kebebasan setelah sekian lama berada di penjara.
Namun segalanya berubah, apabila dia tidak tahan dengan isterinya yang kuat berleter.
Lantas dia telah meminta polis membatalkan polisi tahanan rumah dan menyumbat dia masuk ke penjara.
Ini kerana lelaki itu menganggap di penjara jauh lebih tenang daripada di rumah bersama isterinya.
Namun polis memberitahunya, polis tiada kuasa untuk membatalkan tahanan rumah itu kerana ianya di bawah bidang kuasa mahkamah.
Akhirnya lelaki berbangsa Albania itu nekad melarikan diri dari rumah. Polis serta merta menjejaknya, kerana dia tidak boleh berada di luar kawasan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: