Menjadi kebiasaan buat kita membeli cendera hati seperti keychain atau baju apabila melawati sesuatu destinasi. Namun, berbeza buat orang yang berada di Borneo kerana mereka lebih meminati roti Gardenia yang ada di Semenanjung.
Perkara ini terbukti susulan seorang lelaki bersama rakannya dari Sabah membuat kerja gila apabila datang ke Kuala Lumpur hanya untuk mendapatkan roti Gardenia. Dia berkongsi pengembaraan unik ini menerusi akaun Tiktoknya.
Baca Juga:
Bermula dengan membeli tiket penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Lebih kurang pukul 12 tengah malam, mereka pun berlepas dari sana.
Sebaik tiba di Kuala Lumpur, mereka telah menempah hotel di Bukit Bintang untuk tidur seketika sebelum meneruskan aktiviti yang dirancang.
Mereka telah mengunjungi ke pelbagai lokasi seperti TRX, SOGO dan akhir sekali ke Mitsui Outlet pada siang hari berikutnya.
Sebelum pulang ke KK semula, dia terus pergi ke KK Mart di dalam lapangan terbang untuk mendapatkan roti jagung…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
