Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki Ini Tenang Makan Kulit Durian

today2 July 2024

Background


Durian, raja buah yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia, kini mencetuskan satu lagi kontroversi.

Bukan kerana rasa atau aromanya, tetapi kerana sekumpulan lelaki menikmati raja buah ini dengan cara yang berbeza, makan kulit durian yang berduri.

Baru-baru ini, akaun TikTok Gamiya Travel telah memuat naik beberapa video ASMR yang menunjukkan sekumpulan lelaki mencuba kulit durian.

Dalam video tersebut, dua lelaki kelihatan tenang sambil mencelup kulit durian ke dalam dua jenis sos, satu yang kelihatan seperti sambal merah dan satu lagi seperti sos berkrim.

Setelah mencelup kulit tersebut, mereka menggigit dan memakannya tanpa menunjukkan sebarang reaksi pelik.

Bagi rakyat Malaysia, yang biasanya hanya makan isi durian yang lembut dan manis, tindakan ini kelihatan sangat mengecewakan.

Dalam video tersebut, setiap gigitan menghasilkan bunyi yang cukup mengerikan, membuatkan penonton merasa ngilu.

Komen-komen netizen Malaysia mencerminkan rasa terkejut…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post