Site icon Kool FM

Lelaki Ini Terkejut Kawasan Perkuburan Dipenuhi Warga Rohingya Meminta Sedekah

Warga Rohingya


Seorang lelaki membuat perkongsian tentang tabiat pendatang asing Rohingya yang suka meminta sedekah di kawasan perkuburan, terutama sekali pada Hari Raya.

Ada yang siap sedia dengan ‘cop’ kawasan siap siap untuk meminta sedekah.

Warga Rohingya tersebut terdiri daripada pelbagai lapisan umur termasuk kanak kanak.

Lelaki itu menulis: “Menziarah kubur arwah emak dan keluarga kami yang lain.

“Perangai-perangai orang meminta sedekah penuh kat kubur.

“Orang Rohingya. Menurut ayah saya, biasanya pada pagi Hari Raya, lagi penuh mereka meminta sedekah.

“Siap ‘cop spot’, letak kotak, letak kain macam berkelah, siap makan-makan. Warga asing memang tahu orang Melayu Islam ni suka sedekah dan mudah kena scam.

“Jadi mereka menunggu dekat Tanah Perkuburan Islam, Pulau Pinang.

“Apa semua ini? Baru sahaja gembira sebab kubur dan kawasan kubur bersih sangat.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version