Menerusi perkongsian oleh Fauwaz Zamzam, dia terkejut selepas menemui pusat servis Perodua ketika dia berada di Kathmandu, Nepal.
Dia mula tular selepas memulakan perjalanan luar biasa iaitu dengan memandu Proton Wiranya sejauh 12,000 kilometer untuk sampai ke Tibet.
Difahamkan, pusat servis berkenaan bukan sahaja menyediakan penyelenggaraan untuk model Perodua, malah turut menawarkan perkhidmatan untuk jenama lain termasuk Toyota.
Pusat servis tersebut turut mempamerkan sijil yang mengesahkan akreditasinya sebagai pusat servis rasmi Perodua, yang menekankan standard profesionalnya.
Fauwaz memberitahu dalam posting bahawa dia bercadang untuk pulang ke Malaysia untuk sambutan Aidilfitri dan kemudian kembali ke Nepal.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: