Dalam video berdurasi lima minit itu, lelaki tersebut yang memakai baju banduan berwarna oren menunjukkan keadaan dalam lokap.
Di tangannya juga terdapat kesan lebam, dan katanya gari terlalu ketat sampai sakit. iPhone 16 miliknya juga telah dirampas.
“Saya bukan orang Malaysia, tapi saya dipenjara macam penjenayah. Saya mahu satu dunia tahu apa yang polis Malaysia lakukan kepada saya dan saya harap tiada orang lain yang menjadi mangsa seperti saya,” katanya.
Susulan video itu tersebar, Kementerian Luar Negeri Korea Selatan kini sedang berbincang dengan kerajaan Malaysia untuk tahu apa sebenarnya yang terjadi.
Tetapi setakat ini, belum banyak maklumat rasmi diberi kerana kes masih disiasat dan kerajaan mahu menjaga privasi mangsa.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: