Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki Menang ‘Cabutan Bertuah’ RM14 Juta, Tapi Mati Sebab Terlalu Teruja

today26 June 2024

Background


Dalam insiden yang mengejutkan di Marina Bay Sands, Singapura, seorang lelaki dilaporkan mengalami serangan jantung sejurus selepas memenangi jackpot bernilai SGD4 juta (RM13,910,800).

Berita ini tular di media sosial, dengan pelbagai spekulasi mengenai nasib sebenar pemenang tersebut.

Menurut laporan awal dari Open Source Intel di media sosial, lelaki tersebut dikatakan tidak sempat menikmati kemenangannya kerana dia meninggal dunia akibat serangan jantung kerana terlalu teruja dengan kemenangan bernilai sebesar itu.

Video yang menunjukkan lelaki tersebut menerima bantuan perubatan kecemasan telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen.

Namun begitu, laporan dari Times Now dan Casino.org memberikan pencerahan yang berbeza.

Walaupun ramai yang mempercayai bahawa pemenang tersebut telah meninggal dunia, sumber-sumber ini mendakwa bahawa beliau sebenarnya masih hidup dan kini sedang dalam proses pemulihan daripada serangan jantung…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post