Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tangkapan terhadap suspek dibuat selepas menerima laporan.
“Tangkapan semula telah dibuat ke atas lelaki itu dan beberapa barang kes dirampas termasuk sepasang baju uniform celoreng digital warna hijau, sepasang kasut taktikal hitam, sehelai kemeja-T dan tali pinggang kancas hitam berkepala besi.
“Siasatan awal, suspek memberitahu dia memakai pakaian seragam tentera di hospital kerana mahu menarik perhatian orang ramai dan untuk mendapat makanan percuma,” katanya.
Tambahan lagi, suspek juga menyatakan minatnya untuk menjadi anggota tentera. Suspek memaklumkan bahawa pakaian seragam tentera itu dibeli di sebuah kedai pakaian di Tambun.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: