Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki Rakam Kawan Serumah Mandi Sebagai Jenaka Didenda RM3,300

today25 June 2025

Background
Rakam


Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun telah didenda RM3,300 oleh Mahkamah Majistret Ampang kerana merakam video rakan serumahnya yang berusia 31 tahun sedang mandi dalam keadaan telanjang pada Jumaat lalu (20 Jun).

Muhammad Fahmi Akmal Zakaria, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top, dan dia kemudian dijatuhkan hukuman dipetik dari Sinar Harian.

Mahkamah telah memerintahkan agar tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya dia gagal membayar denda yang dikenakan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Fahmi didakwa merakam video mangsa berusia 31 tahun yang sedang mandi, dengan niat untuk mengganggu kesantunannya, sekali gus mengaibkan kehormatan mangsa.

Kesalahan ini didakwa dilakukan di sebuah pangsapuri di Taman Ukay Perdana, pada jam 8:10 pagi, 20 Jun lalu.

Pertuduhan terhadap Muhammad Fahmi dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Luar Negara

Israel pintas dua dron

Tel Aviv: Tentera Israel pada Selasa berjaya memintas dua dron yang didakwa berkemungkinan besar dari Iran. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today25 June 2025