Petaling Jaya: Lelaki yang merempuh sekatan jalan raya (SJR) polis di laluan keluar Plaza Tol Damansara di sini, ditahan polis ketika sedang bersembunyi di sebuah ladang kelapa sawit di Klang, Ahad lalu.
Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang membuat serbuan selepas berjaya mengesan lokasinya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek yang memandu Proton Saga merempuh peralatan…