Seorang lelaki warga Singapura telah didenda S$5,000 (RM17,263) selepas menyamar sebagai pengawal peribadi puteri dari keluarga diraja Selangor.
Beliau melakukan perkara tersebut untuk mendapatkan layanan istimewa kepada anak perempuannya semasa konsert K-Pop yang berlangsung selama dua hari di Stadium Nasional Singapura pada Januari tahun ini.
Menurut laporan CNA, anak perempuannya telah membeli tiket untuk dua hari konsert tersebut, di mana tiket tersebut telah dibayar oleh ayahnya.
Dia yang risaukan keselamatan anaknya dan tidak anak perempuan beratur untuk masuk ke konsert beliau telah memutuskan untuk merancang sesuatu.
Setelah menemui nombor telefon penganjur konsert dalam talian, beliau menghubungi mereka dan memaklumkan bahawa seorang puteri dari keluarga diraja Selangor telah membeli tiket untuk menghadiri konsert tersebut dan meminta akses untuk masuk awal bagi ‘melindungi puteri’ sambil menjelaskan bahawa beliau adalah pengawal…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: