Seorang usahawan tempatan dengan ideanya genius telah mencipta sebuah bot yang boleh digunakan orang ramai untuk membazirkan masa scammer melalui aplikasi pemesejan WhatsApp.
Digelar “Scammers On Hold AI”, atau singkatannya SOHAI, chatbot WhatsApp AI ini terhasil dari cetusan idea Dylan Tan, pengasas dan CEO Replyr.ai yang berpangkalan di Singapura, sebagai cara untuk melawan penipu.
Tan malah berkongsi ciptaannya menerusi grup FB Entrepreneurs and Startups in Malaysia, yang mana dia menjelaskan bahawa pengguna hanya perlu memberikan nombor telefon SOHAI kepada scammer dengan klik di sini.
Chatbot AI kemudiannya akan membuang masa penipu secara berterusan dengan memberikan alasan atau jawapan menyimpang dan juga berlakon ‘blur’.
Tambahnya lagi, jika penipu tidak membalas, SOHAI akan membuat susulan dengan penipu untuk terus mengganggu mereka.
Menariknya, SOHAI akan menyimpan setiap interaksi ke dalam carta di Google Sheet dengan maklumat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: