Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas diserang dengan kejam oleh seorang individu bersenjatakan kapak dalam satu kejadian mengejutkan di daerah Bundi, India pada Selasa lepas.
Menurut laporan Majoriti, Mangsa, yang dikenali sebagai Banwari Meena, 40 tahun, mengalami kecederaan serius di bahagian kepala akibat serangan itu.

Menurut Subinspektor Kamal Singh dari polis perbandaran Kapren, hasil siasatan awal menunjukkan bahawa serangan tersebut dilakukan atas motif dendam.
Suspek, Tejmal Gurjar, 45 tahun, didakwa menyerang mangsa yang juga rakannya atas alasan ingin membalas dendam atas kematian isterinya dalam sebuah kemalangan jalan raya pada tahun sebelumnya.
Kejadian yang mengejutkan itu berlaku ketika orang ramai sedang menonton acara kebudayaan kira-kira pukul 11.15 malam, Selasa.
Video yang dirakam oleh seorang pengunjung kemudian dimuat naik ke laman Twitter dengan akaun @jaina111, merakam suspek menyusup dari…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
