Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Lelaki Tinggalkan Anak Di ‘Playground’ Kantoi Keluar Dengan Skandal

today26 November 2025

Background
Plot Twist: Lelaki Tinggalkan Anak Di 'Playground' Kantoi Keluar Dengan Skandal


Sebelum ini tular video seorang lelaki dan pasangannya dimarahi seorang lelaki kerana meninggalkan anak mereka di tapak permainan atau playground kanak kanak di sebuah pasaraya.

Lelaki yang bernama Thomas Chen itu terpaksa mengambil tanggungjawab menjagakan anak anak pasangan tersebut. Pada masa yang sama kehairanan ada pasangan yang sanggup meninggalkan anak mereka begitu sahaja.

Kemudian ketika pasangan itu datang untuk mengambil anak mereka, Thomas terus memarahi mereka.

Pasangan tersebut sempat melawan apabila ditegur, dengan menyatakan mereka meninggalkan anak mereka sekejap sahaja.

Sedangkan lelaki yang memarahi mereka mendakwa sudah 2 jam anak mereka terbiar di situ tanpa pengawasan dan hampir hilang 2 kali kerana keluar daripada kawasan tersebut.

Kemudian dalam satu lagi hantaran di Threads mendakwa, isteri kepada lelaki tersebut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menularkan video tersebut, dan ternyata suaminya tertangkap…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post