Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Penyelia kilang yang tular menunjal kepala seorang pemandu wanita berhampiran Lata Iskandar Isnin lalu, dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan ugutan dan mencederakan mangsa.
Artikel Berkaitan:
Memetik laporan Kosmo, tertuduh, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah sejurus kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Shah.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang anak itu didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Amiera Atiqah Shahrizan, 25, dengan kata ugutan ‘pecah muka kau sat lagi’.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Lata Iskandar, Kilometer 22 Jalan Tapah-Cameron Highlands dalam daerah Batang Padang pada pukul 5.33 petang, 5 Jun 2023.
Bagi kesalahan itu, dia dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: