
Selepas lebih setahun menyepi dalam pasaran lelongan, banglo mewah milik usahawan kontroversi, Nur Sajat, akhirnya menemui pemilik baharu.
Kediaman yang terletak di lokasi eksklusif ini berjaya dijual pada harga RM3.73 juta dalam satu sesi lelongan yang diadakan pada hari Isnin lalu.

Berita gembira ini dikongsikan oleh seorang ejen hartanah, Ishaq Marazi, yang terlibat dalam proses tersebut.
Suasana lelongan kali ini dilaporkan agak rancak berbanding sebelum ini. Seramai empat orang pembida telah tampil untuk bersaing atau ‘bertarung’ bagi mendapatkan hartanah tersebut.
Sesi bidaan bermula dengan harga tawaran serendah RM3 juta, namun permintaan daripada para pembida telah menyebabkan harganya melambung naik sehingga RM730,000 tambahan, menjadikan harga akhir jualan mencecah RM3.73 juta.
Untuk rekod, kejayaan penjualan ini hadir selepas beberapa siri kekecewaan. Difahamkan, ini merupakan proses lelongan yang keenam diadakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: