PETALING JAYA – Pemaju hartanah, S P Setia melancarkan tema Lembaran Baru, Setia Bersama untuk kempen sambutan Hari Raya kali ini, yang merupakan kesinambungan daripada tema kitar semula yang dilaksanakan pada sambutan Tahun Baru Cina pada awal tahun.
Selaras dengan tema berkenaan, S P Setia telah melancarkan filem pendek perayaannya, bertajuk Langsir yang memberikan inspirasi buat penonton melakukan kebaikan menerusi kitar semula dan membantu golongan memerlukan.
Lanjutan daripada filem tersebut, SP Setia sekali lagi bekerjasama dengan sebuah perusahaan sosial, Kloth Prihatin bagi mendorong aktiviti kitar semula fabrik.
Sebanyak 41 tong kitar semula telah ditempatkan di galeri jualan dan lokasi S P Setia seluruh negara, termasuk di Melbourne dan Singapura yang mana orang ramai boleh mendermakan langsir dan fabrik yang tidak lagi digunakan mereka.
Tukang jahit daripada kumpulan B40 dari Kloth Prihatin ditugaskan S P Setia untuk menjahit semula fabrik terpakai yang didermakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
