Jaringan tunggal Chairil Ismail pada babak kedua memastikan kejuaraan Liga Perak Sejahtera Inter Parlimen 2025/26 Piala YAB Menteri Besar menjadi milik Lenggong selepas menundukkan Ipoh Timor 1-0 dalam aksi final yang berlangsung di Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor malam tadi.
Lenggong yang tampil penuh disiplin mempamerkan corak permainan pantas sejak wisel permulaan, namun berdepan tentangan sengit daripada Ipoh Timor yang tidak mudah memberi ruang kepada jentera serangan lawan.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, tetapi kekentalan barisan pertahanan serta ketangkasan penjaga gol masing-masing memastikan kedudukan kekal terikat tanpa jaringan sehingga rehat.

Bersambung babak kedua, perlawanan mula berubah tempo apabila Lenggong meningkatkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: