Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Leny Yoro Perlu Berehat 3 Bulan, Rasmus Hojlund Rehat 6 Minggu

today1 August 2024

Background


Manchester United dilanda berita kurang enak apabila pemain yang baru mereka beli, Leny Yoro disahkan akan tersisih selama 3 bulan.

Leny Yoro sebelum ini mengalami kecederaan di kaki. Dan selepas penilaian dan pemeriksaan rapi dibuat, petugas perubatan menyatakan bahawa pemain itu harus berehat panjang selama 3 bulan.

Leny Yoro dibeli oleh Man United pada jendela perpindahan kali ini dengan nilai  £50 juta. Dan dia dianggap pemain yang akan terus menjadi pemain utama Erik Ten Hag.

Yoro bagaimanapun harus melupakan seketika debut kompetitif bersama dengan Manchester United.

Selain Leny Yoro, seorang lagi pemain iaitu, Rasmus Hojlund sekali lagi mengalami kecederaan pada pra musim.

Pemain antarabangsa Denmark itu cedera di bahagian hamstring yang memerlukan dia berehat kira kira enam minggu.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post