Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Leong Jun Hao Ke Separuh Akhir Selepas Singkirkan Kodai Naraoka

today15 November 2024

Background
Leong Jun Hao


Leong Jun Hao melakar kejutan ke atas Kodai Naraoka sebentar tadi untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Japan Masters 2024 yang berlangsung di Gimnasium Kumamoto, Jepun.

Ia merupakan kemenangan ketiga buat Jun Hao ke atas lawan dari Jepun itu daripada empat pertemuan sesama mereka sejak remaja.

Baca Juga:

Berdepan lawan yang menghuni ranking keempat dunia jelas tidak langsung menggentarkan anak kelahiran Kuala Lumpur itu terutamanya pada set pertama dan ketiga.

Jun Hao cukup bersabar melayani corak permainan rali panjang yang diterapkan oleh Kodai Naraoka hingga berjaya mendahului 11-7.

Kelebihan tersebut digunakan sepenuhnya Jun Hao yang kini berada di ranking ke-31 dunia itu untuk menang set pertama 21-17.

Skrip berbeza berlaku pada set kedua apabila Jun Hao seperti kehilangan punca hingga menyebabkan beliau tewas mudah 9-21…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post