Site icon Kool FM

Lepasan SPM Disaran Untuk Pastikan Program Pengajian Yang Dipohon Dapat Pengiktirafan MQA


Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata apabila pelajar memperoleh keputusan SPM, mereka akan teruja terutama bagi yang mendapat keputusan cemerlang.

“Kita faham keterujaan yang dirasai, namun menjadi tanggungjawab mereka untuk menyemak terlebih dulu program yang diinginkan itu mempunyai pengiktirafan atau sebaliknya.

“Jadi, apa yang kita boleh nyatakan kepada pelajar selepas SPM adalah mereka perlu menilai keputusan diperoleh sesuai untuk mengambil jurusan diinginkan.

“Selain itu, bagi pelajar yang memilih universiti dalam negara, pastikan universiti itu mendapat pengiktirafan atau akreditasi MQA.

“Kita tidak mahu segala bentuk pelaburan terutama masa dan wang ringgit menjadi sia-sia apabila diploma atau ijazah yang ditawarkan itu tidak diiktiraf MQA dan kerajaan Malaysia,” katanya.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version