Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia boleh diperbaharui secara dalam talian melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Februari ini.
Menurutnya, ia bagi memudahkan orang awam untuk mendapatkan perkhidmatan JPJ secara digital, petik Malaysia Gazette.
Artikel Berkaitan:
“Pelaksanaan urus niaga pembaharuan LKM melalui aplikasi ini akan dilaksanakan secara berfasa di mana pada peringkat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian individu (warganegara).
“Pertambahan fungsi baharu ini akan memudahkan orang awam untuk memperbaharui LKM dan LMM secara digital.
“Malah ia menjimatkan masa dan kos serta dapat mengurangkan kesesakan urus niaga secara fizikal di kaunter-kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan memberikan rebat sebanyak RM5 kepada orang ramai yang memperbaharui lesen memandu secara digital.
“Mereka…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
