Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Levia Residence catat kadar pengambilan 75 peratus

today22 January 2024

Background


KUALA LUMPUR – Projek pembangunan kondominium Levia Residence di Cheras oleh Matrix Concepts Holdings Berhad me­nerima sambutan menggalakkan daripada pembeli dengan merekodkan kadar pengambilan 75 peratus selepas prapelancarannya pada Oktober lalu.

Ia melibatkan Menara A projek berkenaan, yang terdiri daripada 389 unit meliputi empat jenis kediaman A hingga D dengan keluasan binaan antara 767 kaki persegi hingga 1,364 kaki persegi (71.2 – 126.7 meter persegi).

Levia Residences, terletak di kawasan seluas 1.9 hektar, terdiri daripada dua menara 36 tingkat dengan kadar pembangunan kasar (GDV) RM523 juta dan di­jangka siap menjelng suku tahun ketiga 2027.

Kesemua unit jenis A yang berharga paling rendah sudah habis diambil, unit yang masih ditawarkan ialah jenis B hingga D bermula dengan keluasan 938 kaki persegi (87.2 meter persegi) pada harga daripada RM684,000.

Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Matrix Concepts, Datuk Seri Lee Tian Hock berkata, pihaknya optimis…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post